
sebentar tadi jam 12 tgh malam..tepat masuk waktunya 31 0gos 1957…
52 tahun lalu, saat ini penduduk Tanah Melayu sedang melompat kegirangan. Melaungkan kalimah keramat “Merdeka”.
Ada yang menangis mengenang mereka yg gugur di medan pertempuran. Ada yang kecewa tatkala bendera Union Jack diturunkan. Ada juga yang runsing memikirkan masa depan negara. Erti kemerdekaan lebih dari sekadar bebas dari cengkaman British. Ia lebih dari itu.

Hari ini sambutan kemerdekaan lebih istimewa, disinari dengan kehadiran Ramadhan. Bulan yang mulia. Laungan Merdeka disusuli dengan takbir dan zikir kepada Maha Esa. Indah suasana. Bakal menerima kunjungan 10 Ramadhan, kemerdekaan ke 52 ini lebih bermakna dari sebelumnya walaupun sambutan ala kadar. Ini mungkin kemerdekaan abad milennium pertama tanpa diranapkan oleh pesta nanyian dan pesta liar (walaupun pastinya ada). Sebaliknya, pujian kehadapan DIA menjadi siulan sambutan.
23 tahun lalu, sambutan 31 Ogos juga mempunyai rahsia tersendiri dalam kamus hidup aku. 31 Ogos 1986 merakamkan saat dua pasangan di ijabkabul. Kedua dua berjanji taat setia sepenuh jiwa. 4 tahun lalu, setiap tahun mulut ini mengungkapkan “Selamat Anniversary Mak and Abah!” Tapi tidak lagi sejak 4 tahun lalu sehingga ke hari ini.

Waktunya sama, permulaan nya juga sama dengan kegembiraan, namun episod akhirnya jauh berbeza…
Nikmat kemerdekaan yang dikecap 31 Ogos 1957 lalu masih aku rasai, Namun erti sebuah perhubungan bermula 31 Ogos 1986 lalu, kini tinggal kenangan..Maka tertanya aku, apakah kemerdekaan ini menerima nasih serupa??
p/s ~ Thanks kpd sume yg review yg bagi nasihat kt post sebelom ni. Appreciate your great concern!





dh la tu sapik…
jgn la sedih2…
ko ni hari2 sedih…
cmne nak jadi pelakon terbaik ni…
hehe
ala ko kan ade aku…
kan2…hehe..
dh2..jgn sedih2…
jadi pelakon terbaik k!!!
hepi2 selalu
Jadikan benda tu satu kekuatan.
kamonla sapek!
yup…mencuba menjadi kuat!
thanx acab!
dye memang..blakon jer keje..haih~
nyway..
it’s easy to start hepiness…
but to sustain hepiness…
no one is gud in that..
so, there should be such questions.
mybe, this question should come out of the back of ur mind..
“what should i do?”
that’s better..go nok!!~
haah..berlakon!
then..wat shuld i do??
yup,easy to start but hard to sustain!
that the exact word…
thanx nok!
x mo sdey2 lg pek lah..cheer up okay..ktorang kan ade..hehehe..
peklah xsedey la..
cuma nak mengenang kembali sejarah idup…
agar ia x berulang kpd org lain…
thanx for your concern!
Merdeka + Ramadhan = Anniversary!
kegembiraan + kesedihan = kehidupan!
semoga tabah hadapinya..
hahaha~
thanx a lot nuar kerna sudi melawat blog ni!
hahaha…
bangga jap SV drop komen!