Info bagi 21 Julai 2009
Kes – Kes Baru: 3
Kes – Kes Import: 2
Kes Jangkitan Tempatan: 1
Jumlah Kes di Malaysia: 877
862 pesakit (98%) telah sembuh dan 9 orang (1%) sedang menerima rawatan di hospital, manakala 6 pesakit (1%) masih meneruskan rawatan di rumah.
Nasihat kepada orang ramai:
Kementerian Kesihatan akan terus membuat pemantauan kejadian kes yang dimasukkan ke hospital dan juga kejadian kluster ILI. Pada fasa mitigasi ini, hanya kes-kes jangkitan yang teruk dan berkomplikasi sahaja akan dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan. Bagi memperlahankan penularan wabak ini, kerjasama orang ramai amatlah diperlukan untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:
Orang ramai diminta untuk terus dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutamanya rutin membasuh tangan dan etika batuk. Mereka juga perlu mengamalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta mengurangkan majlis perjumpaan).
Mereka yang bergejala dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada klinik-klinik yang berdekatan. Kes-kes yang bergejala ringan boleh berehat di rumah dengan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di tahap yang optimum. Mereka juga dinasihatkan memakai mask dan jika gejala bertambah teruk untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah telah di muat naik ke laman web Kementerian Kesihatan sebagai rujukan orang awam.
Kejadian-kejadian jangkitan influenza-like illness (ILI) atau jumlah ketidakhadiran (absenteeism) di sekolah atau di tempat kerja yang luar biasa, hendaklah dilaporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk siasatan lanjut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa sehingga 21 Julai 2009 jam 8.00 pagi, jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) yang dilaporkan ke WHO adalah sebanyak 136,536 kes dengan 761 kematian daripada 156 negara, iaitu pertambahan 2,781 kes. Negara baru yang disenaraikan adalah Namibia. Lima negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah Australia 1130 kes, Germany 635 kes, Jepun 475 kes, Korea 250 kes dan Hong Kong 76 kes. Satu kematian tambahan dilaporkan di Australia menjadikan jumlah kematian 761.





syafiq
sihat dah?
laen kali bawa topeng. haha =)
esok g recheck
kalo esok everything fine,then ok
hope ok la
hehehe~
moga Allh slmtkn kita semua.. ^__^
thnx kak haniza