Universiti Teknologi PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT Malaysia 2009 pada 25 – 28 Julai 2009.
Pertandingan yang memasuki edisi ke – 19 ini bakal menyaksikan penglibatan 26 universiti tempatan melibatkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Pemilihan UTP sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini merupakan satu penghormatan kepada institusi ini.
Pertandingan yang bakal melibatkan lebih kurang 120 peserta, 100 pegawai dari pelbagai organisasi termasuklah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Logo rasmi DAS09




