Feeds:
Posts
Comments

Saat kebuhsanan menyelubungi diri, tetiba je teringat pesan sorang kawan ni. katanya, kalo ada masa lapang, selain dari ingat Allah, ingatlah pd keluarga kita jugak! Sebab ianya dpt melahirkan rasa sayang to our family!huh~…

Maka setelah mencuba, memang sangat menarik! Tuliskan fakta2 yang menarik ttg family kita..me myself pon tersenyum sendiri bila tulis fakta2 ni! that’s life..kita akn appreciate sumthing hanya bila kita remember dat thing

here, let me share few facts on my family!

1. All my family members are left – handed writer!

2. Jarak umur my father n mum is 2 taon, my oldest sis n me is 3 taon, while me and my youngest sis is 4 years!

3. Seems that kami adik beradik sume dok hostel, my mum babysits 3 children! yang paling besar is a girl, second a boy and paling kecik is a girl! and ianya sama mcm our siblings nyer urutan n jantina!hahaha…

ni yang paling besar!

ni yg sederhana besar!

and little Hawa

4. During school time, my parent terpaksa naik turun skolah my older sister sebab dia sgt banyak buat masalah disiplin termasuklah fly dari skol sehingga d gantung sekolah!hahaha…

5. My kakak dapat pendidikan pre – skol d chinese kindergarten, ak kat madrasah Al – Husna, while my adik d Tadika KEMAS! sangat berbeza pendidikan kan?!hahaha..

6. Kami satu keluarga tak makan ayam kampung! :) tak tau la nape!

7. kakak saya dan saya pernah ponteng puasa dengan mencuri kuih raya yg dibuat oleh mak kami! dan my adik yg laporkan pd our parent! so, dua dua kene rotan dengan lidi!hahaha…

8. Semasa my mum bekerja dulu2, dia sangat garang!sehingga kaki ak pernah berdarah pon sanggup dirahsiakan sebab takot kene marah!

9. Ketika ak berusia 8 taon, my kakak pernah baling mug kaca ke kepala aku sehingga menerima 14 jahitan d kepala!alasannya sebab aku tolak dia dari katil!mengong!

10. Pada taon 2004, my older sis amik SPM, 2005 aku amik PMR, and 2006 my youngest sis amik UPSR!

hahaha…cukup pon sepoloh fakta!menarik kan?mende2 ni sume kita tak kan perasan bila kita tak amik masa utk fikir and remember kembali apa yg berlaku sebenarnya!

huh~aku sendiri pon terkagum gak dgn fakta2 yg berjaya ak senaraikan ni!memang rasa amat dekat dgn our family!

thanks ye kpd makhluk Allah tu!hahaha…

THE FACT THAT NEVER LIE IS YOUR STORY! because u are the one who creates it!

Wiken saya!

looo0oo0000000o0ooong time dah tak membloggin’

terlalu byk mende kene setelkan sampai terabai gak perkara2 picisan mcm blog ni!hahaha…

this wik dh masuk 2nd week of Jan 2010. Satu permulaan semester yg agak serabai dengan mcm2 responsibility yg kene handle…!termasuk kesihatan yg kurang memberangsangkan!… :( Insyallah semua nya baik2 belaka!

Last wiken, pergi KL tuk jumpa my schoolmate aka KP 07..Aminuddin!Walaupon selalu g kl, tapi tetap tak berjumpa mamat ni!bila dia nak fly baru la nk jumpa..!sidik, judang, long pon ada sekali! ~ amin nangis waktu kitaorg nk pisah dgn dia!hahaha…selamat bertolak ke Australia ye amin!

sempat gak jumpa Ms Ann kt UM!bwk junior2 ke Asian scrabble competition!Kagum tengok junior2 main scrabble..!tahniah korang!

from left: long,aku,amin,sidik,judang

———————————————————————————————————————————-

Last 2 weeks join family day SIFE UTP CSR Challenge! Sangat seronok! kat pangkor..walaupon kaki dan tangan saya mengalami kecederaan, tapi the day was happening dengan ragam2 budak2 ni. Nak2 plak si tengku dan piqa yg suka sgt bergosip tu!hahaha…Byk gak duit habis beli souvenirs kat orang..!nasib baik aku tukar hadiah dgn Wafi!thanks wafi for the t-shirt!k….tak nak citer pasal main go-kart!

Family Day Pangkor

jap! nak tengok picture of the year?!

DOn't try dis at home!

——————————————————————————————————————————-

2 wiken berturut2 aku habiskan dengan aktiviti2 yg menarik!

sementara tu, nak promote skit the coming event yg aku join! IRC Carnival 2010..!nak tau pe event tu?baca je la summary kat bawah ni.!malas nak cite byk2!..

note: saya sangat rindu kan KUCAI!!hahahaha…………………..

**Lucky**

Recently, aku ada baca buku written by Andrew Matthews, Being A happy teen! I would say the book was superb!the contents sangat tepat dengan hidup seorang teen! *sape2 nk pinjam cakap la ek!hahaha…**thanks to my mom yg hadiahkan buku tu** credit! :)

Read this!

Antara mende dlm buku tu bercerita ttg *LUCKY!* feel lucky to become yourself. Jangan asyik komplain kenapa orang lain lagi hebat?!!

yup! aku sangat beruntung menjadi diri aku. Aku dikurniakan satu keluarga yg amat memahami dan menyayangi diri aku. Mereka sumber inspirasi, mereka nadi dalam setiap denyutan nyawa ini. Especially, my beloved mom yg sangat kuat membesarkan my siblings.

Guess, which one is my mom?!

Lagi LUCKy bila aku ada kawan2 yang betol2 bererti utk aku..mereka bukan sekadar kawan, tapi kitaorg dh mcm satu family. Susah senang sume boleh d kongsi.Gelak ketawa bersama sama.Bertuah sangat aku.Walaupon kadang kala Allah menduga, tapi semua dpt lalui dgn tenang…

Xcited dgn videocam!

Sangat beruntung kerana diberi peluang Maha Kuasa utk berada d mana aku berada kini. Mengenali setiap yg DIA ingin aku kenali, dan mempelajari setiap apa yang DIA ingin aku pelajari. Peluang ini tak mungkin aku sia – siakan begini. *begging for changes*

Perjalanan aku penuh dgn rintangan. I bet semua pon sama je. Apa yg kita lalui tak penting, tapi mcm mana kita lalui perkara tu is the best question. Kalo DIA kurniakan kesakitan, persoalannya bukan kenapa kita terpilih, tetapi macam mana kita lalui kesakitan itu. Kalau kita dikurniakan kegagalan, jangan pertikaikan kenapa kita gagal,tetapi usaha utk tangani kegagalan.

Bosan dgn kehidupan mmg selalu terjadi. Sebab tu aku sentiasa berminat mencari mende2 baru. Seronok mengenali dunia baru. Banyak boleh d teroka, banyak boleh d pelajari, banyak pengalaman utk d kongsi. tu nikmat yg semua orang ada tapi tak semua merasa.

Keje kat OXCEL

Belajar Memasak!

Belajar Menyanyi!

Belajar Berbahas! *sebelah kanan aku tu sidik ye!

sebenarnya banyak lagi yg nak aku pelajari…aku hepi + enjoy belajar n buat mende2 ni sume. sebab ia bagi satu pengalaman yg tak mungkin aku lupakan! :P

*note – sekarang tengah semangat nak belajar multimedia nye things. Nak belajar adobe, flash, after effect and etc! Sape yg willing nk share software atau expertise, tolong bgtau..! except EDDY! tak nak blaja adobe dgn dia…!nanti mulut dia lebih2 kutuk2 aku lembap!hahahha…

:: sakit!!!!!!!!!! ::

Almost a week i’m in campus..

almost 5 days kt campus!

really deal with lots of things that mess with my life. *under pressure*

the first wik in campus, dah mcm2 mende terjadi..dugaan Allah..sabar jela..

buat masa sekarang, lebih senang duduk berehat dlu kat bilik ni..mungkin 2 3 hari lagi baik la tu..mslh kesihatan memerlukan penjagaan rapi utk baik! :P

dok kt bilik main game je! jom jom jom…

Mantap la game ni!

ni LOTR the rise of witch king *expansion pack* dah berkali kali menang!ahaks!..

tengok nama la beb!

pas ni boleh la aku turun wakil malaysia ke olimpik games!hahaha..boleh r lawan usain bolt ni!

Ada gaya tak?

pas ni kalah r roslinda samsu!

fuh!memang mantap!

hahaha..tu antara gambar2 waktu aku bertanding kt olimpik beijing aritu!sori la tak boleh wakil malaysia, terpaksa wakil russia coz lahir kt moscow kan!hahahaha….

ada sesape berani cabar?!

haish!buhsan nye main game..tgk muvi…makan..minum…tidoooooooo!

walaupon kerja bertimbun2..tp tak larat nk setelkan!

tension!tension!tension!…………………….arghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

*naik gila kejap*

:: di kala cuti semester ::

Lama tak update blog ni! banyak sgt kerja..tau2..peminat kt luar sana dh telepon,pm,msj berkali kali dah..sabar2..ni update terbaru..!hahahaa….

Bermula cuti semester november lps..(after &$%^^*^ paper marketing) aku pon memulakan kerjaya di Oxford Centre For Leadership UK. takde la g Uk…tp keje kt main opis utk asia pasifik region di Bangsar!..yup,sangat seronok..sgt enjoy…!staf2 lain mmg sgt bes!sgt happening!

hanya ada beberapa keping gmbar utk tatapan anda.yg lain belom d transfer lg..nanti bila dh transfer, ak update kan ek..!sabar la syahmi syazwan..ak tau ko nk tgk sgt gmbr2 ak kan?!..hahahhaha!

special thanks to Dr Saiful (CEO OXCEL), Ernest, Faris, Robert, Bernard, Shafie, Anand, Glwdys, Marteen, Ida, Lisna, Ivan, dan Linda…u guys mmg happening!especially malam karaoke tuh!hahahaa..

ok la..just simple update..nti ak tambah lagi..nk wat keje ni!

Official Logo of OXCEL

Hah!jaga kaunter tu!

Ada gaya lawyer tak?!

neway, tgah addicted sgt dgn lagu stand by me!..best gile..tgk la klip video stand by me (playing for change) or yg d nyanyikan oleh bon jovi! korang mesti suka nye! seyes!

Kisah Hidup Peklah

Penyata Tutup Semester

Bagi tahun berakhir November 2009

Kini tinggallah malam malam terakhir utk semester Julai 09 bagi aku. Bosan?Sedih?Suka?Takot?..haish!semua perasaan ada skrg ni…Berakhirnya paper Marketing sabtu lalu melabuhkan tirai semester ni. Yeay! Paper marketing yg berselang 2 hari dari paper Finance jelas meragut kesungguhan aku tuk stadi! So, mesej yg ingin d sampaikan ialah, aku gagal menjawab paper marketing dgn baik! ;(

pesanan tuk exam unit, tolong jgn buat selang antara paper jaoh sgt! Ia memberi kesan kpd pencapaian pelajar! tak caya?tgk analisis peperiksaan… :P

Jadi, aku nak sampaikan beberapa anugerah tuk dis semester! anugerah ape? korang tgk la sendiri kt bawah ni :)

1. Anugerah Paper Paling Sukar

Data Communication & Networking menang tanpa bertanding

Gambar sebenar muka hadapan

Gambar sebenar muka hadapan

2. Anugerah Teman Paling Best

DC++

Apa aku nak buat tanpa mu wahai DC

3. Anugerah Refresher Paling Wangi

Febreze ~ Extra Strength

Memang mewangikan bilik ku!

4. Anugerah Kertas Paling Berharga

Slip Exam!

habis je exam, terus aku campak slip ni!

5. Anugerah Harta Paling Banyak Menyusahkan

Printer MP 145 aku!

Inilah mangsa pukulan aku setiap masa!

ok..malas nak bagi banyak2 anugerah. wat membazir je!Org malaysia suka membazir kan?beri anugerah tak tentu pasal…haish..Cthnya, every year ada bape byk anugerah tuk artis2 kat malaysia ni? Cuba jawab skit! Anugerah Bintang Popular la, AIM, Anugerah Skrin, FFM, Anugerah Seri Angkasa, APM dan mcm2 lagi!..Kalau kumpul piala Siti Nurhaliza tu, boleh gadai, bagi duit kat orang2 miskin! kan kan kan?!

ok..dh terpesong. Sehari slps tamat paper Marketing, kami ke The Lost World of Tambun. Mmg really lost world la…best?bese2 je..kurang berbaloi la dgn apa yg korang bayar.maybe byk lagi perlu di tambah..ak sarankan korang g Genting la…lg masyukk!

Sori syazi tiada dlm gambar

weh weh, nak citer skit movi aku tgk pas paper ni..banyak gakla movi yg aku tgk. aku ni kan penggemar movi..bak kata Syahmi, “semua movi ko tengok kan!”…ye ye ye!mmg best habiskan tgk movi! dari asyik main THE SIMS je! kan syazi?kan wadi?..hahahha

1. My Sister’s Keeper

Sesuai bagi mereka2 yang suka layan perasaan. Emosi dan mudah menangis mcm *Ismal*..hahaha..bagi yang belum tonton, aku sarankan korang tgk la cite ni. Touching gak la….

4 bintang + 1 thumb up

2. Jennifer’s Body

OMG! citer ni amat sangat very the worst! Along the movi, korang akan dihidangkan dgn aksi2 pengotor lg bodo oleh Megan Fox di tambah dgn tarikan tarikan susuk tubuh Megan Fox yg agak menyelerakan korang*** Aku sarankan korang tido dari tengok cite ni! :P

1 bintang + 2 tapak kaki

3. The Time Traveller’s Wife

Kegigihan nak tgk citer ni membuak2 lps ramai sgt yg mempromosikan kat aku. kata mereka bes..bila dah tgk, cite ni mmg menarik. Ada mesej yg ingin d sampaikn. Aku sarankan korang tgk citer ni sambil makan kuaci+air soya yeo’s! Jalan citer dia agak slow..so korang kene layan je la…. :)

3 bintang + 2 kali tepukan

4. Papadom

Setelah menang Anugerah Filem Terbaik kat FFM tahun ni, aku mmg btol2 gila nk tgk cite Papadom ni. Walaopon tak dapat tgk kat panggung, tapi tgk kat laptop pon ok la..Citer dia agak klise dgn citer2 yg ada. Cuma afdlin shauki pandai manipulate ke klise an itu menjadi kelakar dan nmpak sempoi. Walaupon mesej muvi ni agak berat, tapi di ringankan dgn aksi kelakar gak. So not bad la. Kalo korang nak tgk, tengok sorang2..jgn tgk reramai..nanti byk mulut memberi komen :)

3 bintang

5. 500 Days of Summer

finally, cite 500 days of summer. mula2 tgk cite ni saja2 je. coz dh takde citer yg belom d tonton dlm laptop. After tgk tu, menarik plak. Jalan citer dia sgt la *sweet*. Bagi korang yg tgh semngat berjiwang, korang patot tgk citer ni! Best sangat!

4 bintang + 1 thumb up

haish..letih la explain kat korang ni. nasib bek ada banyak bekalan makanan utk di makan sambil update blog :) Semuanya stok after exam. ..Esok wadi n syazi dah balik. Gowe n Midi ada paper ari rabu. aman dah balik. moqa still bertapa kt bilik. syahmi ke kajang ada kem…!haish..aku jela habiskan sisa2 kat utp ni keseorangan…!pe lagi..movi+game la…

k la..nanti update dari umah plak! btw, cuti ni aku akan bekerja :P syoknya!! intern.. :) pre-intern,that exactly!

papai!nak layan BBT season 3!

>> Soooooory <<

Saya tak de kekuatan untuk bercakap dengan mereka…

pagi tadi saya, wadi, gowe, midi, syahmi, sidik, dan syazwan ke ipoh! niatnya menonton filem 2012..

menarik! cuma ada part yg still boleh d perbaiki.

Perkara tu berlaku secara tak sengaja. Saya cuba kawal pada mulanya. Tapi kesabaran saya pudar bila ada antara mereka mendesak saya menjadi gila. Maaf sangat2 Gowe..aku sikit pun tak berniat marah kat ko. Tapi nak wat mcm mana, ko mendesak aku waktu tu. Aku memang betul betul kurang waras sikit td. Aku tau ko selalu jadi mangsa aku…kalau aku marah..hahaha..tp ko kenal aku, apa yang aku cakapkan bukan apa yg ada dalam hati aku. :)

Korang akan faham kalo korang berada di tempat aku. Aku benar2 minta maaf kalau tindakan aku tadi ada menyinggung sesape. Aku tak mampu kawal. Tetapi aku dah cuba mengukir senyuman agar “percutian sementara” kita tadi tidak aku rosakkan. Maaf sangat sangat. Aku tahu ada antara korang dah mula tarik muka tadi dengan tingkah laku aku. Biasanya aku tak macam tu. Aku dapat kawal. Tetapi tidak tadi. Mungkin ditambah tekanan final exam. Aku lost control….maaf!

To Midi and Sidik. Thanks coz korang still cuba datang dan pujuk aku. Tapi sori sangat2..aku memang tak mampu nak kawal perasaan marah tadi. Aku cuba tenangkan diri. Nasib aku baik kerana aku kuat. Seriously, aku tak berniat utk lari dari korang waktu korang tanya aku tadi..tapi aku cuma tak mau nanti aku lebih moody.

Plis, Plis, Plis…

Syahmi, wadi, syazwan, midi, gowe, sidik….aku amat2 mintak maaf. Aku janji ianya tak berulang lagi. Tolong doakan aku kuat hadapi semua ini. Thanks!

p/s~kalau ada antara korang yg baca post ini, tolong jgn bgtau aku korang dah baca…tolong la.!kita move on life mcm bese ek! korang kawan aku sampai bila bila…..lagi satu, tolong jangan tanya apa sebenarnya berlaku..korang kawan aku kan?tolong la aku…

Maaf  kan aku!

>> review July 09 <<

memandangkan rating blog yg merudum pd hari semalam. apabila tak sampai 15 viewers pon, ditambah dgn peminat yg sudah mula mem ‘pm’ aku bertanyakan bila nk update blog, maka aku mengambil keputusan tuk update post baru sunggohpon esok daku ada paper! <clap clap clap> di atas kegigihan aku….yeay!

orait, simple post utk tatapan umum…hari ini nak buat review skit sepanjg semester ni :P

1. sebanyak 8 pergaduhan aku catatkan sepanjang semester ini. Baik pergaduhan berbentuk perang saraf, perang mulut, ataupun perang fizikal. Antara pergaduhan paling kerap ialah:

Syahmi               3 kali gadoh ( 2 kali perang mulut dan sekali perang fizikal..bilakah??)  :)

Gowe                   2 kali gadoh ( kedua dua nya perang fizikal) :P

pergadohan yg sempat dirakam

2. aku melepaskan 10,754 kali kata kata berbentuk cacian dan makian yang kesat lagi keji. Antara word sering dilepaskan:

Cela**                 3219 kali

Si**                      2997 kali

3. semester ini juga aku mencatatkan pinjaman barang paling lama dan paling banyak. Antara barangnya:

Baju t-shirt Luqman, kasut Luqman, Baju melayu eddy, dan botol mandian wadi

gambar bukan bermotif menjatohka maruah eddy dan acap yang sdg menari

sekadar gambar hiasan

4. rekod tertinggi dicatatkan semester ni dengan 3 kali menangis…kwang kwang kwang:

Ketika menonton citer Laskar Pelangi

thanks kak mala coz promosi cite ni!

Waktu mimpikan ada katak besar duduk kat sebelah aku dalam bas!*sori tak leh letak gambar katak..*

Ketika ada orang memuji aku *comel*….ni nangis terharu..tp kira nangis gak kan??

5. Top 5 lagu yang asyik aku dengar kt laptop nih sepanjang semester ni..sampai laptop aku pon dah malas nk mainkan lagu tu:

i) I got feeling – BEP

ii) Cry Baby Cry – Santana feat Joss Stone & Sean Paul

iii) End of Me – Marion Raven

iv) I go – Aizat

v) Push – Enrique Iglesias

6. Telah ke panggung sebanyak 12 kali sepanjang this sem:

Moovi paling best : Up!

Moovi paling worst : Harry potter and the half blood prince

7. Telah mengkhatamkan season 1 and 2 Big Bang Theory sebanyak 12 kali..dan mengulang tonton season 3 sebanyak 3 kali sehari.~addicted

8. Telah mencatatkan rekod gelak paling lama iaitu selama 2 jam ketika dalam Lab OOP tatkala bersama sama membuat lawak2 buduh lagi tak bermanfaat dengan Syazi, Ismal, dan Gowe…oppss Wadi ada gak kadang2…

9. Menerima sebanyak 2890 mesej di handset dan menghantar sebanyak 2422 mesej. Sebanyak 2135 email juga telah diterima sepanjang musim ini. Dengan sender paling tinggi adalah FACEBOOK!

10. Semester ini juga semester pertama stadi tanpa membeli buku teks!!! yeay…tgk la berapa pointer nanti :(

orait..itu antara serba sedikit kebengongan yg berlaku sepanjang semester ni…!!dh nk tutup buku dh weiii! tinggal Finance and Marketing je lagi…here wi gooooooooo!!!!

p/s ~ sedang cari kotak tuk mem packing kan segala barang2 yang malas di angkut pulang ni :P

jap jap..picture of dis semester!..nak share skit…

ni lah gambar sekeluarga asroni! mana rahman eh???!!!

 

>> o0o0o0oh BITE me!! <<

buhsan!

dh hampir seminggu asyik menghadap lecture notes, teks books, test paper, lecture slides…..n etc!

buhsan!

dh hampir seminggu tidor terganggu!

buhsan!

dh hampir seminggu meja bersepah dengan kertas2..haish!

buhsan!

dh hampir seminggu tak main game!…..!

argghhhhhhhh…………………………..!

yup yup!

it’s been a loooooooooooooong week of miserable life!nak tido…lecture notes kt tangan, nak g makan…lecture notes kat tangan, nak main game…lecture slides kt desktop!!

haish..sabar ek peklah!sikit je lagi….

btw, ada beberapa pesanan utk melengkapkan post ni:

1. Hepi bufday to maria van delson!!!!nice bufday celebration that day!really enjoy the party!muahhhhhhhaaahahaha!

2. thousand of thank you & congratulation to Microsolve after successfully built TecBase!it was pretty nice and really enjoy to work wif u guys!

3. to mom, thanks for the motivation!ahaks!…“free lecture every semester” from mom really inspired me! :P

ok2….continue to study!

ZzzzZZzzzZzzZzzzZzzzzzZZZzzzzZZZZ………………………………………………………….

Dah hujung pun

lama sudah tak mengupdate blog ini…

terima kasih kepada pengkritik tetap blog saya, yang memberi inspirasi utk update ini.. <clap clap clap> :)

kejap je masa tu berlalu. menuju penghujung tahun 2009, saya juga sedang menuju ke penghujung tahun pertama di universiti ini. menuju ke final exam la kiranya!!

tak de study week semester ni gara2 perebakan H1N1..thanks H1N1…yoohooo!jadi plan nak ke Indonesia pon CANCEL! kan Asroni?!!

So di kesempatan ini, nk memohon bebanyak2 maaf kepada semua d atas segala dosa dosa yg telah di lakukan, jika ada sesapa yg masih terasa ati atas keterlanjuran diri ni, boleh la consult saya secara peribadi. kepada sesapa yg ada buat dosa dgn saya, saya ampunkan anda…yeay!

Jika saya ada berhutang dengan sape2, tuntut la dari saya. maklumlah, saya ni manusia biasa yg kadang kala terlepas pandang semua tu. Kepada sesapa yang ada berhutang dengan saya plak, sila sila la bayar ek!hahahaaha….nk enjoy cuti sem ni :P

Btw, saya nk wish terima kasih kepada semua yang banyak memainkan peranan dalam idup saya sepanjang semester ni..antaranya…ha..tgk la gmbr ni;

Microsolve~Group DCN projek ku

Really rindu DAs09

Steamboat DaySecoursemates

Orang yang sama kan?

Ucapan semoga berjaya kepada semua  dengan final exam korang…

p/s ~ saya masih anti – Barcelona! sori ye..

Older Posts »